Thursday 7 April 2016

Farewell Untuk Puan Norli Abd Kamar.


Semoga semua warga BPPAS berada dalam keadaan sihat wal-afiat dan di bawah lindungan Allah insya Allah.

Majlis Perpisahan untuk Puan Norli Abd Kamar telah diadakan pada Jumaat, 25 Mac 2016 yang lepas. Untuk makluman, Pn. Norli telah bertukar ke Kementerian Sumber Manusia mulai 1 April 2016. 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Solehuddin. Doa tersebut juga dititipkan untuk keselamatan perjalanan Pn Zarinah Mahari & Puan Siti Fatimah yang akan ke Mongolia (telah berlepas pada 27 Mac 2016) atas urusan kerja. Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan pulangnya.

Puan Norli diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan dan penghargaan kepada Puan Zarinah & unit kompendium khasnya, dan seluruh warga BPPAS umumnya atas segala tunjuk ajar.

Selepas sesi penyampaian hadiah, it's makan time. 
Menu pada hari tersebut adalah Nasi Hujan Panas, bersama daging masak kicap, dalca sayur, acar rampai dan buah-buahan. Alhamdulillah sedap dan menepati citarasa warga BPPAS. Terima kasih.

Akhir kalam, bonne chance à vous buat Puan Norli. Semoga persahabatan ini berkekalan hendaknya, insya Allah.


No comments:

Post a Comment