Monday 6 January 2020

60 minit BPPAS D'Perpustakaan

60 minit BPPAS D'perpustakaan..semoga budaya membaca dapat diterapkan dikalangan warga BPPAS.












Jamuan Akhir Tahun BPPAS dan Majlis Persaraan Pn. Nor'ain Othman dan En. Adnan Abd Shukor serta Perpisahan En Anuar Jaafar

Sekitar Jamuan Akhir Tahun BPPAS dan Majlis Persaraan Pn Nor'ain Othman dan En. Adnan Abd Shukor serta Perpisahan En Anuar Jaafar. Turut meraikan Sambutan Hari Lahir anggota BPPAS Q3 dan Q4.























UCAPAN AMANAT TAHUN BARU 2020 KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA




UCAPAN AMANAT TAHUN BARU 2020 KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA, YBHG. DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2020 DARIPDA WARGA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Thursday 7 April 2016

Farewell Untuk Puan Norli Abd Kamar.


Semoga semua warga BPPAS berada dalam keadaan sihat wal-afiat dan di bawah lindungan Allah insya Allah.

Majlis Perpisahan untuk Puan Norli Abd Kamar telah diadakan pada Jumaat, 25 Mac 2016 yang lepas. Untuk makluman, Pn. Norli telah bertukar ke Kementerian Sumber Manusia mulai 1 April 2016. 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Solehuddin. Doa tersebut juga dititipkan untuk keselamatan perjalanan Pn Zarinah Mahari & Puan Siti Fatimah yang akan ke Mongolia (telah berlepas pada 27 Mac 2016) atas urusan kerja. Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan pulangnya.

Puan Norli diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan dan penghargaan kepada Puan Zarinah & unit kompendium khasnya, dan seluruh warga BPPAS umumnya atas segala tunjuk ajar.

Selepas sesi penyampaian hadiah, it's makan time. 
Menu pada hari tersebut adalah Nasi Hujan Panas, bersama daging masak kicap, dalca sayur, acar rampai dan buah-buahan. Alhamdulillah sedap dan menepati citarasa warga BPPAS. Terima kasih.

Akhir kalam, bonne chance à vous buat Puan Norli. Semoga persahabatan ini berkekalan hendaknya, insya Allah.


Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Sambutan Hari Lahir Jan-Mac 2016.

Majlis bacaan Yaasin, tahlil dan sambutan ulangtahun kelahiran bagi bulan Januari - Mac 2016 telah diadakan pada 1 April lepas dan dihadiri oleh warga BPPAS anggota tetap dan sambilan. 

Usai bacaan Yaasin dan tahlil, Encik Md Rashid Md Said membuat sedikit perkongsian hadith. Semoga ianya memberikan manfaat serta kebaikan kepada warga BPPAS insya Allah.

Selepas itu sesi meraikan ulangtahun warga BPPAS yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac 2016.

























Ya Allah, sempena ulangtahun kelahiran sahabat kami ini, Kau panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah, berkat dan direstuimu. Ya Allah, jauhkanlah sahabatku ini dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga.

Ya Allah Ya Tuhanku. Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan kami mohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga.

Ya Allah hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan.